Sunday, 10 November 2013

Huraikan rupa diri semasa bertugas

Rupa diri semasa bertugas ialah :
1.    Rambut.
·         Lelaki : berambut pendek, disikat kemas, sapukan gel dengan rapi.
·         Wanita : bersanggul dan menggunakan hair net serta sepit hitam kosong.
·         Penjagaan rambut : syampu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

2.    Muka.
·         Wanita : disolek kemas.
·         Wajah yang sering ceria.
·         Penjagaan muka : cuci muka dengan betul menggunakan pembersih muka dan keringkan dengan tisu / tuala.

3.    Badan.
·         Penjagaan badan : mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
·         Diet seimbang.
·         Senaman / aktiviti luar.
·         Tidur 8 jam sehari.
·         Minum 8 gelas air putih.

4.    Postur.
·         Duduk : kaki rapat ke lantai. Jangan bongkok.
·         Berdiri : berdiri dengan kaki sedikit terbuka. Tangan ke belakang.
·         Jalan : yakin.

5.    Emosi.
·         Kawal emosi dalam apa-apa keadaan.
·         Cuba bertenang apabila hadapi masalah.
·         Elakkan perasaan marah, dengki, tidak sabar dan tamak.

6.    Sikap.
·         Amanah dan jujur.
·         Yakin.
·         Bertanggungjawab.
·         Menepati masa dan sabar.
7.    Pakaian.
·         Berpakaian kemas, selesa dan longgar.
·         Pastikan disetrika.
·         Tidak memakai aksesori. Hanya cincin pertunangan dan perkahwinan.
·         Wanita : kasut setinggi 2 cm.

8.    Komunikasi.
·         Bercakap dengan sebutan yang terang, suara yang lembut dan menggunakan bahasa yang manis.
·         Nada suara yang ikhlas dan pemikiran yang matang melambangkan peribadi. Jangan sesekali meninggikan suara.
·         Tunjukkan air muka yang manis, mesra dan tidak bosan.

9.    Mulut dan gigi.
·         Digosok 3 kali sehari.

10.  Kuku.
·         Sentiasa pendek.

·         Tidak dibenarkan menggunakan pewarna kuku.

Terangkan maksud kesihatan diri.

Maksud kesihatan merupakan faktor utama dalam memelihara kebersihan ketika mengendalikan makanan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kesihatan. Pengendali makanan hendaklah dalam keadaan sihat dan mempunyai sijil kesihatan. Setiap penegendali makanan dikehendaki mendapatkan suntikan typhoid. Langkah ini sebagai tindakan berjaga-jaga supaya penyakit tidak melarat kepada pengguna melalui pengendali makanan.   
Sekiranya mengidap penyakit atau menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan, beritahu supervisor atau majikan atau individu yang bertanggungjawab. Pengendali makanan yang pernah mengalami keracunan makanan tidak dibenarkan bekerja melainkan telah disahkan sembuh oleh pegawai perubatan.

Setengah daripada mangsa keracunan makanan mungkin membawa kuman pathogen di dalam salur usus mereka walaupun mereka sudah sembuh dan masih berpotensi memindahkan kuman berkenaan ke makanan semasa penyediaan. Tanda-tanda penyakit berikut hendaklah dilaporkan iaitu selsema, sakit tekak, sakit kerokong, bisul, kudis bernanah, cirit-birit, sakit perut, penyakit berjangkit. Pengendali makanan yang menghidap penyakit seperti di atas tidak dibenarkan berada di kawasan penyediaan makanan. Di antara bakteria yang menyebabkan pencemaran makanan ialah bacteria salmonia dan bacteria staphylococcus.        

Senaraikan dan huraikan 3 aspek utama kebersihan diri.

Terdapat tiga aspek dalam kebersihan iaitu :
1. Aspek Sosial.
Salah satu tugas seorang pelayan tetamu adalah berhadapan dengan pelanggan. Dimana memerlukan komunikasi dan penampilan yang baik. Oleh itu, pelayan tetamu sering berdampingi dengan masyarakat, maka seharusnya masalah kebersihan itu perlu dititikberatkan.  
2. Aspek Mental.
Gambaran pertama memberikan peranan penting pada pelanggan samada restoran tersebut bersih, menarik dan sebagainya. Oleh itu, kebersihan dari aspek ini dapat member suasana yang sihat kepada individu dan seterusnya kepada masyarakat.
3. Aspek Fizikal.
Kebersihan daripada aspek ini adalah paling ketara sekali kerana ianya dipandang dengan jelas oleh mata pelanggan. Oleh itu, penjagaan yang baik dari segi pakaian, rambut, tangan dan rupa diri amatlah diperlukan.



Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain serta ianya juga akan mempengaruhi situasi lain yang berada di sekeliling kita.

Terangkan maksud kebersihan diri

Kebersihan diri adalah kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup terutama seorang pelayan tetamu. Seorang pelayan tetamu hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Kebanyakkan organisasi yang menggunakan khidmat pelayan tetamu biasannya mengenakan warna putih pada pakaian seragam agar pelayan tetamu tersebut lebih mengutamakan kebersihan tubuh badan serta pakaianya.
Selain itu, mempunyai disiplin yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa tidak kira di tempat kerja atau sebaliknya. Juga melaksanakan tanggungjawab ini ke atas diri sendiri dan apabila berada di tempat-tempat penyediaan dan penyajiaan makanan kerana kebersihan diri saling berkait dengan kebersihan makanan yang hendak disajikan.
Seterusnya mengamalkan cara hidup yang sihat seperti tidak berkongsi tuala dan berus gigi. Aktiviti seharian kita juga boleh menyumbangkan penyakit kepada diri kita sendiri. Penyakit yang ada pada diri seorang pelayan tetamu boleh tersebar melalui udara ketika berkomunikasi dengan tetamu juga melalui makanan yang kita hidangkan pada tetamu. Maka segeralah mendapatkan rawatan apabila tidak sihat atau dijangkiti penyakit. Mengamalkan aktiviti luar seperti bersenam, berekrasi dan bermain serta mengamalkan permakanan yang sihat dan seimbang.
Seorang pelayan tetamu yang bersih juga adalah tidak merokok dimana dia akan mendapat kelebihan mengenal jenis-jenis minuman terutama yang beralkohol tanpa meminumnya. Hanya menggunakan teknik “swirling” dan mengambil baunya sahaja. Kebersihan makanan hanya akan tercapai apabila para pekerja, alat-alat dan bahan yang digunakan terjamin kebersihannya.