Maksud kesihatan
merupakan faktor utama dalam memelihara kebersihan ketika mengendalikan
makanan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kesihatan.
Pengendali makanan hendaklah dalam keadaan sihat dan mempunyai sijil kesihatan.
Setiap penegendali makanan dikehendaki mendapatkan suntikan typhoid. Langkah
ini sebagai tindakan berjaga-jaga supaya penyakit tidak melarat kepada pengguna
melalui pengendali makanan.
Sekiranya
mengidap penyakit atau menunjukkan tanda-tanda keracunan makanan, beritahu
supervisor atau majikan atau individu yang bertanggungjawab. Pengendali makanan
yang pernah mengalami keracunan makanan tidak dibenarkan bekerja melainkan
telah disahkan sembuh oleh pegawai perubatan.
Setengah
daripada mangsa keracunan makanan mungkin membawa kuman pathogen di dalam salur
usus mereka walaupun mereka sudah sembuh dan masih berpotensi memindahkan kuman
berkenaan ke makanan semasa penyediaan. Tanda-tanda penyakit berikut hendaklah
dilaporkan iaitu selsema, sakit tekak, sakit kerokong, bisul, kudis bernanah,
cirit-birit, sakit perut, penyakit berjangkit. Pengendali makanan yang
menghidap penyakit seperti di atas tidak dibenarkan berada di kawasan
penyediaan makanan. Di antara bakteria yang menyebabkan pencemaran makanan ialah
bacteria salmonia dan bacteria staphylococcus.
No comments:
Post a Comment