Sunday, 10 November 2013

Senaraikan dan huraikan 3 aspek utama kebersihan diri.

Terdapat tiga aspek dalam kebersihan iaitu :
1. Aspek Sosial.
Salah satu tugas seorang pelayan tetamu adalah berhadapan dengan pelanggan. Dimana memerlukan komunikasi dan penampilan yang baik. Oleh itu, pelayan tetamu sering berdampingi dengan masyarakat, maka seharusnya masalah kebersihan itu perlu dititikberatkan.  
2. Aspek Mental.
Gambaran pertama memberikan peranan penting pada pelanggan samada restoran tersebut bersih, menarik dan sebagainya. Oleh itu, kebersihan dari aspek ini dapat member suasana yang sihat kepada individu dan seterusnya kepada masyarakat.
3. Aspek Fizikal.
Kebersihan daripada aspek ini adalah paling ketara sekali kerana ianya dipandang dengan jelas oleh mata pelanggan. Oleh itu, penjagaan yang baik dari segi pakaian, rambut, tangan dan rupa diri amatlah diperlukan.



Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan antara satu sama lain serta ianya juga akan mempengaruhi situasi lain yang berada di sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment