Kebersihan diri adalah kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup terutama seorang pelayan tetamu. Seorang pelayan tetamu hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Kebanyakkan organisasi yang menggunakan khidmat pelayan tetamu biasannya mengenakan warna putih pada pakaian seragam agar pelayan tetamu tersebut lebih mengutamakan kebersihan tubuh badan serta pakaianya.
Selain itu, mempunyai disiplin yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa tidak kira di tempat kerja atau sebaliknya. Juga melaksanakan tanggungjawab ini ke atas diri sendiri dan apabila berada di tempat-tempat penyediaan dan penyajiaan makanan kerana kebersihan diri saling berkait dengan kebersihan makanan yang hendak disajikan.
Seterusnya mengamalkan cara hidup yang sihat seperti tidak berkongsi tuala dan berus gigi. Aktiviti seharian kita juga boleh menyumbangkan penyakit kepada diri kita sendiri. Penyakit yang ada pada diri seorang pelayan tetamu boleh tersebar melalui udara ketika berkomunikasi dengan tetamu juga melalui makanan yang kita hidangkan pada tetamu. Maka segeralah mendapatkan rawatan apabila tidak sihat atau dijangkiti penyakit. Mengamalkan aktiviti luar seperti bersenam, berekrasi dan bermain serta mengamalkan permakanan yang sihat dan seimbang.
Seorang pelayan tetamu yang bersih juga adalah tidak merokok dimana dia akan mendapat kelebihan mengenal jenis-jenis minuman terutama yang beralkohol tanpa meminumnya. Hanya menggunakan teknik “swirling” dan mengambil baunya sahaja. Kebersihan makanan hanya akan tercapai apabila para pekerja, alat-alat dan bahan yang digunakan terjamin kebersihannya.
Nice...
ReplyDeleteKalau kebersihan diri kaitkan sahaja dengan kebersihan diri tak perlu kaitkan dengan pelayan tetamu��
ReplyDeleteHAHAHAHAHHAHAHAHA
Delete